Hari ini mungkin hari yang paling sedih buat keluarga Allahyarham Ahmad Hurairah Ismail. Sayu suasana sekitar rumah Allahyarham di Kg Bayu Lalang, Pasir Mas Kelantan.
Hampir 500 orang menunggu jenazah di sana. Dari kanak-kanak hingga yang dewasa. Masing-masing sabar menunggu wira negara yang gugur di medan tempur. Ada yang mengangkat tangan berdoa, mungkin memohon ALLAH mengampuni wira negara itu dan dimasukkan dia bersama para syuhada'.
Disebalik kesedihan itu, ada cerita lain yang tidak sedap didengar. Seorang rakan menyatakan semasa beliau sampai, beliau melihat jalan masuk ke kampung tersebut di cat dengan logo PAS dan tertulis "KAMI MAHU PAS KEKAL D KELATE", bendera parti itu juga di pasang di pintu gerbang.
Pihak JKR terpaksa mengecat kembali jalan masuk ke kampung tersebut untuk menutup gambar-gambar yang dilukis di atas jalan raya.
Pas begitu tak malu mengambil kesempatan atas apa yang berlaku. Soal syahid seorang wira mungkin bagi mereka tidak penting. Yang penting politik tetap politik sehingga mereka sanggup menyambut jenazah sebegitu rupa.
Terdahulu penulis ada melihat didalam FB, sekeping gambar dimuat naik. Gambar yang menunjukkan bendera parti diletakkan di garaj hadapan rumah wira negara.
Dari komen-komen yang dibuat ke atas gambar tersebut, didapati penyokong PAS sengaja memasang bendera tersebut di situ. Bukan tuan rumah. tetapi sehingga artikel ini di tulis bendera tersebut telah diturunkan oleh tuan rumah.
Mengapa begitu "old school" pemikiran PAS, langsung tidak menghormati perwira-perwira yag telah gugur syahid. Tak reti nak beza mana program parti dan bukan.
Pemikiran "tok-tok" ini memang telah lama digunapakai oleh PAS. Mereka dah tak dimakan nasihat. Mereka telah termakan dah amanat Haji Hadi yang masih tidak ditarik balik sehingga sekarang. Mereka merasakan apa yang "Tok Guru" mereka kata semuanya benar dan betul.
Walau hakikatnya banyak kepincangan dalam parti mereka, mereka dah tak kisah, janji pemimpin naik "takhta". Walapu pemimpin mereka tak "service" itu tak penting asal mereka puas hati.
Baca lagi di Terengganu Today
Oge klate pok nick dok kesoh dia nyanyok pasa krajae bgi pitih, bleh gok ke die. Isle die dale bulate putih. Dok gi jauh. Balik2 hok tu je. Bia air keroh pun pasa dale bade pun doh keruh
ReplyDelete