Friday, 15 March 2013
TAHNIAH!!! HAJI HADI PULA AKAN MENERIMA ANUGERAH...... PUTARAWAN NEGARA 2013
Memang sah dan sahih Presiden PAS adalah pembelit nombor satu negara dan kalau ada piala yang boleh direbut atau dianugerahkan, saya bakal merupakan orang yang sokong lebih seratus peratus.
Isu kalimah Allah telah menyebabkan PAS bakal kecundang kerana semakin ramai penganut Islam membencinya setelah dilihat teramat gagal untuk mempertahankan hubungan manusia dengan ketauhidan, yang menjadi fundamental seseorang itu muslim atau sebaliknya.
Akibat kegagalan tersebut Haji Hadi ingin menyembunyikan fakta dan punca yang menyebabkan isu itu menjerat dirinya dan parti pimpinannya dengan melemparkan kesalahan kepada UMNO.
Bahkan kanak-kanak sekolah pun boleh menilai siapakah Haji Hadi sebenar dalam soal itu.
Semuanya orang tahu, isu kalimah Allah dimulakan kembali oleh Setiausaha Agung DAP yang pernah berpelukan mesra dengan Haji Hadi bagi menguji sejauhmanakah kekentalan jiwa Islam pemimpin PAS setelah mereka pernah diuji dengan keinginan PAS untuk tetap meneruskan pelaksanaan hukum hudud dan mengenakan saman ke atas pengusaha dandanan rambut uniseks di Kota Bahru.
Setelah “lempar batu sembunyikan tangan”, Lim Guan Eng terus membisu mengenai cadangan tersebut kerana Ketua Menteri Pulau Pinang sedar dengan melantunnya akan menyebabkan keriuhan sebahagian masyarakat mengenai keputusan pemilihan Jawatankuasa Pusat Eksekutif parti itu yang “hampir meretakkan DAP” dapat diturunkan suhunya.
Kepanasan suhu kalimah Allah sebenarnya kesalahan Haji Hadi sendiri yang terlebih lajak daripada perahu apabila lebih awal bersetuju dengan kehendak DAP dan PKR apabila mengumumkan keputusan membenarkan bukan Islam menggunakannya tanpa melihat kesannya.
Pengumuman Haji Hadi pada 8 Januari 2013 itu sebenarnya turut mengingatkan masyakat mengenai keputusan yang pernah PAS ambil ketika isu yang sama menjadi kontroversi sebelum mahkamah membuat keputusan membenarkan penganut Kristian menggunakan istilah itu hanya untuk penganutnya dan bukan kepada seluruh rakyat Malaysia.
BACA SETERUSNYA DI SINI
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment