Kenyataan Media
Ketua Polis Negara mengenai Ops Daulat mencari saki baki pengganas
Sulu. Sehingga kini, 'mopping up and searching' di kawasan operasi masih
diteruskan oleh pihak PDRM dan ATM.
Kemungkinan
pembersihan dan penggeledahan ini terpaksa diperluaskan dari sasaran
asal, memandangkan terdapat tanda-tanda bahawa penceroboh telah bergerak
ke satu lokasi yang lain.
Pasukan keselamatan sedang mengesan pergerakan mereka dan akan mengambil tindakan untuk respon kepada situasi.
Pada kira-kira jam 6.45 pagi tadi, seorang penceroboh telah ditembak mati selepas berbalas tembakan di kawasan operasi.
Dengan situasi
semasa ini pasukan keselamatan telah memperluaskan kawasan operasi
sehingga melebihi 4 kilometer persegi sepertimana yang telah dinyatakan
semalam.
Orang ramai
sekali lagi diminta supaya tidak cemas kerana pasukan keselamatan masih
mengawal keadaan dan orang ramai serta pengamal media diingatkan supaya
tidak menghampiri atau mendekati kawasan operasi.
UTUSAN
No comments:
Post a Comment