Wednesday 6 March 2013

TERKINI 4.00 PTG : 4 SUSPEK PENGGANAS SULU YANG MENYAMAR SEBAGAI ORANG AWAM DITAHAN HIDUP-HIDUP




Empat lelaki ditahan dalam operasi khas oleh sekumpulan anggota polis dari jabatan cawangan jenayah berat Ibu Pejabat Polis Kontinjen Sabah. – Gambar Reuters


Anggota Polis dari Cawangan Jenayah Berat Ibu Pejabat Polis Kontinjen Sabah (IPK) membawa dua suspek yang berjaya ditahan ketika 'Ops Daulat' di sebuah ladang sawit di sini, Rabu. Dalam operasi itu polis berjaya menahan empat lelaki dipercayai mempunyai kaitan dengan kumpulan pengganas untuk di soal siasat

SEMPORNA, 6 Mac — Polis menahan empat lelaki yang dipercayai mempunyai kaitan dengan kumpulan penceroboh yang terlibat dalam kejadian serangan hendap di Kampung Sri Jaya Simunul, di sini, Sabtu lepas.

Empat lelaki yang ditahan dalam operasi khas oleh sekumpulan anggota polis dari jabatan cawangan jenayah berat Ibu Pejabat Polis Kontinjen Sabah itu berusia dalam lingkungan 20-an hingga 50-an.

Menurut polis, operasi yang dijalankan di Jalan Lapangan Terbang, kira-kira lima kilometer dari Pekan Semporna, bertujuan menangkap penceroboh yang didakwa menyamar sebagai penduduk kampung di beberapa kawasan di Semporna.

“Bertindak hasil maklumat awam dan maklumat risikan yang dikumpul sejak beberapa hari lepas, kami berjaya menahan empat lelaki untuk siasatan,” kata pegawai berkenaan.

Beliau berkata operasi itu bermula pada pukul 12 tengah hari dan berakhir 1.15 tengah hari.

Tinjauan Bernama di lokasi operasi mendapati dua rumah diperiksa dan polis berjaya menahan dua lelaki di rumah itu manakala seorang lelaki ditahan ketika keluar dari belukar dan seorang lagi ditahan dalam pemeriksaan terhadap sebuah kenderaan yang mencurigakan.

Dalam kejadian Sabtu lepas, enam anggota polis terkorban dalam serang hendap oleh kumpulan pengganas bersenjata. Kejadian pada pukul 8 malam itu turut menyebabkan enam pengganas terbunuh.


sumber: Melayu Blues

1 comment:

  1. Bakal dihukum gantung atau penjara seumur kerana melancarkan peperangan ke atas Yang DiPertuan Agung, menceroboh, mengganas dan membunuh!

    Fuckatan tunggu masa nak bela mereka di mahkamah...masyuk. Nizar and geng lu orang tak mau bakar lilin ka?

    ReplyDelete