Wednesday 13 March 2013

Tribute Buat Wira Negara Dari Kelantan.... Kau Dikenang Dalam Doa Setiap Rakyat Malaysia



Salam kepada keluarga Syuhada Ahmad Hurairah Ismail, 24, dari Tujuh Rejimen Askar Melayu Diraja berpangkalan di Tawau..aakj tumpang berduka d atas pemergian anak muda yang letak kepentingan agama dan negara mengatasi segalanya..

Bagi mewakili keluarga aakj..kami doakan agar Arwah Syuhada ini tenang mengadap Ilahi. Gugur syahid d medan juang mempertahankan Islam dan Negara sesuatu yang d cemburui oleh Sahabat-sahabat Nabi saw. Allah yang pilih kita..Allah yang tetapkan bagaimana cara kita mengadapNya nanti..

Sesungguhnya pemergian Syuhada Ahmad Hurairah ini menyentuh hati rakyat Malaysia yang cintakan kedamaian.

Aakj ada semasa kejadian berlaku..aakj bersama sahabat dari media melihat sendiri bagaimana Arwah Syuhada d terbangkan dengan heli..aakj ingatkan arwah hanya cedera semasa latihan rutin sebab ketika itu aakj dan sahabat media lain dalam kereta menuju ke lokasi perpindahan..

Terlihat dari jauh..kami patah balik untuk menyaksikan bagaimana pasukan perubatan bergegas mengusung arwah masuk ke dalam heli..dalam hati aakj terdetik..Ya Allah selamatkan anggota keselamatan itu..

Rupanya..itulah saatnya arwah syuhada kita dalam keadaan kritikal dan d terbangkan ke hospital Lahad Datu..akhirnya berita sedih aakj dengar..arwah kembali mengadap Ilahi dalam keadaan tenang..Innalillah...

Sebagai anak Kelantan..aakj cukup terharu dengan pengorbanan anak muda ini..

Kepada pejuang negara yang masih d Lahad Datu..aakj berdoa agar konflik ini berakhir dengan segera dan musuh kita benamkan semuanya..aminnn

Al Fatihah !! 

AAJK

No comments:

Post a Comment