Tuesday, 12 March 2013

UPDATE LAHAD DATU: KEM TETAP DIBUKA WALAU OPERASI DAULAT SELESAI




KUALA LUMPUR: Sebuah kem tetap akan dibina di Lahad Datu, Sabah tidak lama lagi untuk memantau situasi selepas Ops Daulat berakhir, kata Menteri Pertahanan Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.

Beliau berkata, kem itu akan diambil alih oleh Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia), Majlis Keselamatan Negara (MKN) dan polis sebaik saja operasi yang sedang dilakukan selesai.

"Kem baru itu akan mengambil sedikit masa untuk dibina dan kami akan meletakkan beberapa kabin buat sementara waktu dan menempatkan anggota keselamatan di lokasi itu," katanya pada sidang media selepas mengumumkan agihan pendapatan Lembaga Tabung Angkatan Tentera (LTAT) di ibu pejabatnya di sini, Selasa.

Beliau turut memberi amaran kepada media Filipina supaya tidak mengeluarkan laporan bercanggah mengenai situasi sebenar di Sabah.

"Kami tidak mahu laporan media tertentu menjejaskan hubungan baik Malaysia dengan Filipina," katanya.

No comments:

Post a Comment