Sikap Anwar Ibrahim yang gemar mengugut, menyergah dan
memperlekeh wartawan apabila beliau gagal menjawab soalan mereka, sudah
menjadi bahan lawak jenaka rakyat Malaysia.
Terbaru, Anwar mengugut akan menyaman wartawan yang
bertanya kenapa beliau tidak menyaman Reuters dan Manila Times kerana
menyatakan penglibatannya di dalam krisis di Sabah, tetapi hanya
menyaman TV3 dan Utusan Malaysia yang menyiarkan petikan dari kedua-dua
agensi asing tersebut.
Seperti yang dijangka, Anwar telah tidak menjawab soalan
tetapi mengherdik wartawan terbabit sekali gus, �menutup� isu tersebut
dari diperbincangkan.
Di masa yang sama, Wan Azizah pula memilih untuk menuduh
laporan mengenai Anwar menjadi �dalang� krisis di Sabah, sebagai
�tuduhan liar dan tidak berasas�. Kata beliau, �Saya baca laporan,
tidak ada sebut nama dan tidak ada apa-apa kaitan yang dikatakan dengan
Anwar.�
Malah, Wan Azizah juga membayangkan seolah-olah wartawan yang
melaporkan sedemikian telah dibayar oleh Barisan Nasional.
Katanya, beliau tidak terkejut apabila perkara itu
ditimbulkan kerana sebelum ini telah wujud penemuan bahawa seorang
wartawan dibayar oleh kerajaan Barisan Nasional untuk menulis
berita-berita anti-Anwar.
Nampaknya Wan Azizah secara langsung telah menuduh Reuters
dan Manila Times sebagai penipu. Bukan itu sahaja, beliau juga secara
tidak langsung menuduh bahawa wartawan di kedua-dua agensi berita
tersebut telah dibayar oleh Barisan Nasional.
Justeru, sewajarnyalah wartawan yang terbabit memberi
penjelasan bagi mengelak diri mereka dan agensi mereka dipandang serong
kerana melaporkan berita palsu. Tidak salah juga jika mereka menyaman
Wan Azizah bagi membersihkan nama mereka yang digelar sebagai penipu dan
penerima rasuah.
Mungkin inilah saja caranya untuk kita mendapatkan
kebenaran memandangkan Anwar enggan menyaman pihak yang membawa laporan
asal tetapi hanya menyaman pihak yang memetik laporan tersebut.
Bagi rakyat yang rasional, keengganan Anwar untuk menyaman
Reuters dan Manila Times sudah cukup untuk membuktikan sama ada Anwar
benar-benar terlibat atau tidak di dalam krisis di Sabah. Malah, sikap
Anwar yang bagaikan cacing kepanasan bila ditanya perkara ini juga
menguatkan lagi syak wasangka ramai.
Reuters adalah sebuah agensi antarabangsa manakala Manila
Times pula adalah media Filipina. Tidak ada sebab bagi agensi
antarabangsa yang selalunya �mesra� Anwar melaporkan sesuatu yang mampu
meletakkan Anwar dalam situasi sukar. Dan apa ke jadahnya, Barisan
Nasional perlu membayar Manila Times untuk mengotorkan lagi nama Anwar
sedangkan nama Anwar sudah sedia berpalit najis? Apakah untungnya bagi
Barisan Nasional untuk �mencari nahas� dalam krisis Sabah di saat PRU
semakin hampir?
Yang untungnya, hanyalah pembangkang kerana dapat mencipta isu memburukkan kerajaan BN.
Lebih dari itu, Anwar juga yang sedang meraikan pertumpahan
darah raky kegagalan menumpahkan darah rakyat Semenanjung ala Dataran
Tahrir. Dan Anwar jugalah yang begitu teruja menunggu campurtangan
asing seperti yang dipohon oleh pihak Sulu, setelah beliau sendiri gagal
menjemput Amerika dan Australia berbuat demikian.
Dari sudut mana pun, kita tidak dapat mengelak dari melihat tangan Anwar di belakang semua ini.
Oleh yang demikian tidak ada cara lain lagi bagi Anwar
untuk membersihkan namanya selain dari menyaman Reuters dan Manila Times
yang dianggap Wan Azizah sebagai penipu! Atau sebaliknya, Reuters and
Manila Times wajib menyaman Wan Azizah kerana menuduh mereka sebagai
penipu�
SUMBER :NALURI RAKYAT
No comments:
Post a Comment