Sebuah hilikopter Nuri membawa anggota komando ke medan pertempuran
menghadapi penceroboh dari Selatan Filipina di Kampung Tanduo. Foto BERNAMA
LAHAD DATU : Berikut adalah kronologi serangan yang dilancarkan oleh
pasukan keselamatan Malaysia sejak awal pagi tadi bagi mengusir baki
kumpulan bersenjata Sulu :
11:15 pagi: Ketua Polis Negara berkata, tiada kecederaan yang berlaku di kalangan tentera Malaysia dalam serangan terhadap "pengganas" Sulu.
10.58 pagi: Media diberitahu bahawa ia adalah taklimat media. Ketua Polis Negara tidak akan menjawab sebarang soalan.
10.50 pagi: Ketua Polis Negara tiba di Hotel Felda Residence. Media bersedia untuk sidang akhbar.
10.50 pagi: Kudat daerah di utara Sabah masih selamat daripada
penceroboh dan keadaan terkawal. Bagaimanapun, polis mengambil langkah
berjaga-jaga bagi memastikan keselamatan pegawainya dan orang awam di
sana.
10.45 pagi: Perniagaan di Kota Kinabalu berjalan seperti biasa walaupun
sebahagian pasar raya telah kehabisan bekalan beras. Polis bandar
mengingatkan orang ramai supaya tidak mendengar khabar angin kerana "ia semuanya adalah penipuan" dan
situasi di sini sejak beberapa hari lalu adalah terkawal tanpa sebarang
insiden yang berlaku berkaitan dengan kes di Lahad Datu.
10.45 pagi: Kira-kira pekerja ladang dilihat di tepi jalan di Felda
Sahabat. Mereka berada di sana selepas mendengar letupan sejak pukul 7
pagi.
10.40 pagi: Perniagaan di Sandakan berjalan seperti biasa dan polis
memberitahu orang awam untuk tidak mendengar khabar angin dan
mendapatkan pengesahan daripada polis dengan menghubungi 089 212 222.
10.34 pagi: Ketua Polis Negara dan Pesuruhjaya Polis Sabah telah menunda sidang media dari pukul
9.30 pagi ke 11 pagi di Felda Sahabat di mana pengamal media sedang
menunggu kenyataan mengenai apakah yang berlaku di kampung Tanduo.
10.20 pagi: Unit polis forensik memasuki kawasan Felda Sahabat dari Lahad Datu.
10.00 pagi: Hospital di Tungku tutup dan seorang penduduk kampung
berkata, satu halangan telah diletakkan bagi melarang orang ramai
memasuki bandar itu.
9.50 pagi: Banyak ambulans dihantar dari Tawau. Pengamal media dilarang memasuki kawasan Felda 16 dekat bandar Cenderawasih.
9.45 pagi: Kira-kira 300 penduduk kampung di balai raya Tanjung Labian
meminta makanan apabila mereka tidak mendapatkannya sejak malam Isnin.
Mereka menyelamatkan diri dari Tanjung Batu selepas mendengar terdapat
laporan mengenai penceroboh bersenjata.
8.30 pagi: Trak tentera dilihat memasuki kawasan itu. Skuad elit tentera
dan polis berada di darat dan dipercayai terlibat dalam tembak-menembak
dengan lelaki bersenjata.
7.30 pagi: Sekurang-kurangnya enam letupan berterusan didengari dan
wartawan di resort Sahabat 16 berkata, jet kembali terbang rendah.
7 pagi: Beberapa jet pejuang melalui kampung Tanduo,diikuti dengan tembakan meriam.
LAHAD DATU : Serangan pada waktu subuh dilakukan bagi mengusir baki
kumpulan bersenjata Sulu,kata Perdana Menteri,Datuk Seri Najib hari
ini,dalam satu kenyataan ringkas.Jet pejuang pada awal pagi tadi mulai
terbang rendah melalui kumpulan bersenjata yang mengepung kampung Tanduo
sejak 9 Februari.Letupan berterusan didengari apabila polis dan tentera
mengambil langkah menentang lelaki bersenjata yang dilaporkan membuat
tembakan kembali.
Keadaan di sekitar Tanjung Labian,kira-kira 7 kilometer dari kampung
Tanduo di Felda Village 17 begitu tegang dengan lebih 300 penduduk
kampung berkumpul di balai raya yang mendengar letupan.
SAYA MINTA JANGAN PERCAYA DENGAN LAPORAN DARI PUAK PR.ADA YANG PUTAR BELIT KENYATAAN.SAYA TAK TUDUH TAPI CUBA LIHAT BETUL-BETUL KENYATAAN MEREKA !!!
SAYA MINTA JANGAN PERCAYA DENGAN LAPORAN DARI PUAK PR.ADA YANG PUTAR BELIT KENYATAAN.SAYA TAK TUDUH TAPI CUBA LIHAT BETUL-BETUL KENYATAAN MEREKA !!!
AYUH KITA DOAKAN AGAR SEMUA PEJUANG NEGARA SELAMAT
AMIN...
No comments:
Post a Comment