Tuesday, 5 March 2013
BREAKING NEWS : MAYAT KETUA PENGGANAS BELUM DI TEMUI
Kira-kira 20 mayat pengganas Sulu setakat ini sudah ditemukan beberapa jam selepas serangan dilakukan oleh pasukan keselamatan ke atas kumpulan penceroboh itu di Kampung Tanduo di sini awal pagi.
Sumber Utusan Online memberitahu, operasi pembersihan masih diteruskan bagi mencari saki-baki pengganasIni bermakna sehingga kini 38 pengganas Sulu berjaya dibunuh termasuk 12 orang yang berjaya ditembak mati semasa pertempuran pertama di Lahad Datu dan 6 orang lagi ditembak mati ketika pertempuran kedua di Kpg Sri Jaya, Simunul, Sampoerna.
Menurut laporan oleh Utusan Online juga, pihak keselamatan masih meneruskan usaha-usaha penggeledahan bagi mencari saki baki pengganas yang masih hidup atau yang telah terbunuh.
Sementara itu Ketua Polis Negara memberitahu setakat ini mayat ketua kumpulan pengganas Sulu, Azzumudie Kiram, adik kepada Jamalul Kiram III belum lagi ditemui.Di pihak pasukan keselamatan negara, Alhamdulillah tiada kecederaan atau kematian dilaporkan, InsyaAllah semoga ianya berkekalan.
Sementara kita semua rakyat Malaysia menantikan laporan-laporan mutakhir mengenai situasi semasa di Lahad Datu, eloklah teruskan memanjatkan doa ke hadrat Illahi, mudah-mudahan segalanya berjalan lancar dan insiden di Lahad Datu ini akan tamat jua akhirnya.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment