Tuesday 5 March 2013

SEORANG WANITA MENANGIS MELIHAT POSTING BEKAS TENTERA KEPADA NAJIB



Ketika sedang melayari FB, Angin ternampak photo yang dimuat naik. FB yang dihantar kepada YAB Perdana Menteri.

Seorang bekas askar denga penuh semangat mahu turut sama berjuang demi negara di Sempurna. Katanya dia mahu dihantar ke sana sehingga operasi menyelamatkan negara selesai.

Katanya lagi jika selepas operasi itu beliau masih panjang umur, beliau akan balik semula ke kampung dan buat kerja biasa beliau sekarang. 

Katanya lagi dia tak kisah kalau tidak di bayar.

Angin tunjuk gambar ini pada seorang ibu muda kepada 3 orang anak. Memang jenis wanita agaknya, selesai sahaja baca apa yang tertera di photo tersebut.Dia terus menangis. Berderai-derai airmatanya, beliau berkata kalau dia diberi peluang, dia juga mahu ke sana. Walaupun tak pernah angkat senjata,  dia boleh jadi tukang masak untuk tentera Malaysia. 

"Tapi kalau aku dapat pergi biar tak ada senjata, parang, kapak, kayu pun aku gunakan untuk rodok perut penjahat tu, jangan cari pasal dengan rakyat Malaysia.... Kita sanggup mati", kata beliau pada Angin.

Nampaknya ramai yang bersemangat untuk mempertahankan negara tercinta..... bukan saja tentera, wanita, orang muda, orang tua semuanya bersemangat.

Demi negara kami sanggup berkorban...

No comments:

Post a Comment