KUALA LUMPUR 16 Mac – Mana-mana individu yang dikaitkan dengan gejala
seks songsang termasuk aktiviti biseksual tidak layak menjadi Perdana
Menteri di negara ini.
Ahli Dewan Negara, Senator Datuk S. Nallakaruppan (gambar) berkata,
rakyat sewajarnya menolak sesiapa sahaja yang terbabit dalam perbuatan
tidak bermoral seperti itu.
Beliau memberitahu, kegiatan biseksual sememangnya bertentangan
dengan nilai-nilai agama dan moral yang dipegang masyarakat di Malaysia.
“Bukan sahaja di Malaysia, negara-negara lain pun tidak akan menerima individu biseksual sebagai pemimpin kerajaan.
“Pada pengetahuan saya, warga Britain dan Amerika Syarikat akan
memastikan calon-calon yang bertanding jawatan Perdana Menteri atau
Presiden mempunyai latar belakang yang bersih dan bebas daripada skandal
moral,” katanya ketika dihubungi Mingguan Malaysia di sini hari ini.
Tambah Nallakaruppan, bukan sesuatu yang ganjil jika rakyat Malaysia
melakukan perkara serupa untuk menilai keperibadian seseorang pemimpin.
Beliau tidak dapat membayangkan apa akan terjadi kepada negara ini sekiranya rakyat memilih pemimpin yang salah.
“Saya berharap situasi itu tidak akan berlaku. Masih ramai lagi
pemimpin yang bersih dari segi moral di negara ini yang boleh kita
pilih,” ujarnya.
Kata Nallakaruppan, rakyat hendaklah memanfaatkan kuasa mereka
sebagai pengundi pada Pilihan Raya Umum Ke-13 dengan sebaik-baiknya bagi
mengelakkan mana-mana pemimpin yang terbabit dalam aktiviti biseksual
dilantik sebagai Perdana Menteri.
Beliau turut menyarankan mana-mana pemimpin yang dikaitkan dengan
gejala biseksual berundur daripada arena politik seperti yang pernah
dilakukan pemimpin-pemimpin politik negara lain.
No comments:
Post a Comment