Pernah berlaku kecurian di sebuah hospital swasta di ibukota, pencuri terbabit bersama tiga pembantunya melarikan kad prabayar telefon bimbit dan wang tunai daripada mesin tambah nilai dianggarkan bernilai lebih RM40,000.
Menurut sumber polis, selain berkemahiran membuka mesin kad tambah nilai telefon bimbit, suspek licik memperdaya pengawal keselamatan dengan menyamar sebagai juruteknik syarikat mesin berkenaan.Demikian kisah perkara yang tidak baik tapi dibuat cara bijaksana.Namun ini berlaku dalam pemilikan tanah secara bijaksana mengaburi mata rakyat…..
Ini didedahkan oleh Yang Berhormat Alias Abdullah (Ahli Dewan Undangan Negeri-Adun, Alor Limbat)di Persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN), lalu terbongkarlah segala yang berlaku semasa kerajaan yang memerintah negeri Terengganu (1999-2004) siapa sebenarnya yang pernah berbuat demikian.
Namun begitu, mengikut YB Alias, pemimpin Pas bijak dan ada tersendiri dalam memiliki tanah iaitu dengan cara melalui tubuh syarikat atau badan terentu, tetapi di sebaliknya mereka yang menguasai syarikat dan badan itu.
YB Alias memberitahu persidangan DUN Terengganu lalu, bahawa kawasan komersial lot PT3378 (tapak milik Majlis Bandaraya sekarang dikenali juga tapak Mahkamah Lama di Jalan Sultan Omar), keluasan 11516 meter persegi diberikan kepada Koperasi Pengguna Insaf Terengganu (Koinsaf) pada 18 September 2002 dengan bayaran premium RM340,000.00 sahaja.
YB Alias juga memberitahu persidangan DUN, Koinsaf itu ditubuhkan pada 29 Disember 2001 dengan dipengerusikan oleh Bendahari Pas Kemaman waktu itu, Haji Roslin Abdul Rahman dan Ahli Jawatankuasanya termasuk Setiausaha Politik Menteri Besar waktu itu, Haji Hussin Ismail.Bila BN mengambil alih kerajaan, kerajaan negeri membeli semula hartanah tersebut dan Koinsaf memperolehi RM8 juta lebih (RM8,061,200.00).
Pemimpin Pas juga berlindung di atas sebuah syarikat bagi mendapatkan tanah lot kedai lot PT3431. Ahli Lembaga Pengarah syarikat itu Nik Mohd.Zawawi bin Salleh (seorang Adun Pas waktu itu) dan Ahli Parlimen Pas Hulu Terengganu waktu itu, Wan Muhyidin.YB Alias memberitahu DUN, kadar premium lot 1-3 ialah RM50,000 .00 manakala lot keempat RM76,200.00
Bila BN ambil alih, kerajaan negeri mengambil balik untuk kegunaan awam dengan terpaksa membayar RM465,715.00 bagi lot PT3428, RM372,500.00 (lot PT 3429), RM372,500.00 (lot PT3430) dan RM365,000.00 (lot PT3431).
YB Alias mendedahkan kepada DUN, Persatuan Khairunisa’ (milik isteri wakil rakyat Pas) membayar premium untuk separuh bahagian dari keseluruhan 4,932 meter persegi lot PT1830 Mukim Batu Burok.
Selepas itu Kerajaan Negeri semasa BN terpaksa bayar RM2 juta lebih (RM2,096,100.00) bagi tujuan mengambil balik tanah itu untuk kegunaan awam.YB Alias juga sekali lagi mendedahkan tanah pertanian di Durian Mentangau Dungun diluluskan kepada syarikat milik Dr.Sulaliman dan isteri (wakil rakyat Pas ketika itu) seluas 50 hektar.
YB Alias juga memberitahu DUN, tanah seluas 10,000 ekar diluluskan kepada North East Plantation (NEP) milik Harakah, iaitu Pengerusinya waktu itu Datuk Hishamudin Yahya.Demikian,mengata orang tetapi mereka yang lebih.
Menteri Besar, Dato’ Seri Ahmad Said ketika menjawab persoalan ini di DUN bagi pihak Kerajaan membawa cerita, seorang yang melaungkan ‘pencuri! pencuri!, lalu mengajak orang mengejar pencuri.Rupanya yang melaungkan pencuri! pencuri! itulah sebenarnya pencuri.
Penulis juga membuat analisa kalau hendak dibandingkan dengan apa yang kerajaan Barisan Nasional (BN) beri kepada wakil rakyat atau pegawai-pegawai dan kakitangan kerajaan atas kurniaan mengenang jasa dan perkhidmatan, jauh langit dengan bumi dengan apa yang diberikan oleh kerajaan Pas Terengganu dulu kepada kroni mereka secara berselindung itu.
Cuba banding nilai keseluruhan tanah kurniaan kerajaan negeri kepada wakil rakyat hanyalah kategori tanah pertanian (purata nilai RM200,00 seekar) dan tanah tapak rumah yang nilai nilai puratanya RM100, 000 seekar).
Dicampur keseluruhan tanah yang dikurnia kepada wakil rakyat oleh Kerajaan Barisan Nasional yang dijadikan isu masih jauh dari menyamai jumlah nilai sebidang tanah yg diberikan oleh kerajaan Pas Terengganu kepada syarikat atau koperasi milik wakil rakyat Pas atau kroni Pas pada ketika mereka berkuasa terutamanya kerana lokasi tanah dalam bandar KualaTerengganu dan nilai pasarannya amat tinggi.
Sumber : Terengganu Today
Sumber : Terengganu Today
No comments:
Post a Comment