Friday 15 March 2013

PENTING!!!!KOMANDO MALAYSIA DAH JUMPA RUMAH JAMALUL KIRAM III

Dua jam lalu, kegemparan berlaku di seluruh Filipina, apabila seorang budak lelaki menunjukkan sekeping syiling lima puluh sen Malaysia yang masih baru, yang telah diberikan oleh seorang lelaki berbadan tegap menaiki kereta berwarna hitam dan telah merakamkan gambar-gambar rumah Kiram dari jarak dekat.

Siapakah lelaki tersebut, menjadi persoalan kepada para penyokong Jamalul Kiram III namun cerita tentang komando-komando Malaysia yang telah pernah berjaya memasuki Kompleks Pertahanan Udara Singapura di Bukit Batok dan melekatkan setem pada setiap peluru berpandu negara seberang itu suatu ketika dahulu, pastinya perlu diingati dan dihayati.




Tapi betullah...Kalau lanun-lanun Sulu tu boleh menceroboh masuk ke negara ini dan menyerang serta membunuh anggota-anggota keselamatan, bahkan telah bermaharajalela mengutip ufti dan memeras ugut penduduk setempat, mengapa pula komando-komando Malaysia tidak boleh 'membuat lawatan' ke rumah kepala lanun yang berasakan mereka tersangat hebat itu kerana pandai sihir dan jampi serapah?

1 comment: