SULTAN KUDARAT, Bangsamoro 15 Mac - Ketua
Perunding Barisan Pembebasan Islam Moro (MILF) berkata, rundingan damai
akan disambung semula bulan ini meskipun terdapat 'gangguan' terhadap
proses tersebut.
Mohagher Iqbal mengakui ada "pihak yang tidak bertanggungjawab" cuba
menangguhkannya bertujuan menghentikan proses itu dengan mengaitkannya
kepada krisis di Sabah.
Beliau berkata, isu rundingan damai lebih penting daripada perang
dan MILF akan memastikan ia akan disambung semula pada minggu terakhir
bulan ini.
Beliau turut menegaskan, cubaan untuk menangguhkan rundingan itu tidak akan menjadi kenyataan.
"Buat masa ini, saya sedih untuk menyatakan terdapat beberapa cubaan
bagi menangguhkan rundingan yang ditetapkan pada 25 hingga 27 Mac ini
di Kuala Lumpur.
"Cubaan penangguhan itu dikaitkan dengan krisis pencerobohan di
Sabah yang mana mereka menyatakan ia menjejaskan rundingan antara MILF
dan kerajaan Filipina," katanya kepada wartawan ketika menghadiri
latihan di Institut Pengurusan dan Kepemimpinan Bangsamoro di sini,
semalam.
Namun Mohagher menegaskan, rundingan itu tidak terjejas kerana
krisis di Sabah berkenaan dengan keselamatan, sedangkan rundingan di
Kuala Lumpur adalah tentang isu keamanan. - AGENSI
No comments:
Post a Comment