Seorang lelaki yang amat dikehendaki polis adalah antara enam yang
ditahan kerana disyaki mempunyai kaitan dengan pengganas militan dari
selatan Filipina, menerusi operasi di Kampung Bangau-Bangau di sini pada
Selasa.
Ketua Polis Daerah Semporna DSP Mohd Firdaus Francis Abdullah berkata
dalam operasi oleh anggota Komando VAT 69 dan Pasukan Gerakan Am (PGA)
itu, polis menyerbu sebuah rumah di kampung berkenaan yang menjadi
lokasi persembunyian enam suspek terbabit.
"Kami menjalankan serbuan pukul 6 pagi setelah menerima maklumat
awam...jadi kami akan menyoal siasat mereka untuk mengetahui sama ada
mereka adalah pengganas Sulu atau tidak," katanya ketika dihubungi.
Mohd Firdaus berkata polis kini menjalankan siasatan untuk mengenal pasti taraf kerakyatan kesemua yang ditahan itu.
Beliau berkata tiada senjata api atau alat telekomunikasi yang ditemui dalam serbuan itu.
Sementara itu, tinjauan Bernama ke lokasi kejadian mendapati
rata-rata penduduk di kampung berkenaan mendakwa tidak pernah melihat
kelibat enam lelaki terbabit di kampung berkenaan.
Baca juga laporan awal 4 suspek pengganas ditangkap
Baca juga laporan awal 4 suspek pengganas ditangkap
No comments:
Post a Comment