KUALA LUMPUR 12 Mac - Mana-mana pihak yang
berterusan memperlekeh dan menghina pasukan keselamatan negara dalam
Ops Daulat diminta mendaftar diri ke kawasan operasi berkenaan bagi
berdepan dengan pengganas Sulu bersenjata.
Kenyataan tegas itu dibuat Menteri Pertahanan, Datuk Seri Dr. Ahmad
Zahid Hamidi ekoran masih terdapat pihak-pihak tertentu khususnya
kelompok media sosial melontarkan kritikan termasuk hinaan terhadap
Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dan Polis Diraja Malaysia (PDRM) yang
terlibat mematahkan serangan pengganas di Sabah.
"Masih ada segelintir yang menghina, memperlekeh pasukan ATM dan
PDRM. Saya harap mereka ini akan pergi ke kawasan-kawasan operasi
berkenaan.
"Saya akan minta ATM sambut mereka dan lepaskan mereka ke barisan
hadapan untuk menghadapi penceroboh-penceroboh ini, katanya.
Beliau berkata demikian dalam sidang akhbar selepas mengumumkan
prestasi semasa Lembaga Tabung Angkatan Tentera (LTAT) di Wisma
Pertahanan, di sini hari ini.
Yang turut hadir Panglima Tentera Darat, Jeneral Tan Sri Zulkifeli
Mohd. Zin; Pengerusi LTAT, Tan Sri Mohd. Anwar Mohd. Nor dan Ketua
Eksekutif LTAT, Tan Sri Lodin Wok Kamaruddin.
Ahmad Zahid berkata, walaupun mendapat kritikan dan hinaan, moral
pasukan keselamatan negara dalam melaksanakan Ops Daulat masih tinggi.
"Untuk itu saya juga berharap perkara sama dapat diterjemahkan oleh rakyat, jelasnya. - UTUSAN
No comments:
Post a Comment