Dalam Ops
Daulat yang memasuki hari kelima beberapa mayat lagi telah dijumpai oleh
pihak keselamatan dan pada mayat terdapat tangkal bertulis kalimah
al-Quran dan amat menyedihkan lagi kerana tangkal itu turut dipakai di
celah kelangkang pengganas tersebut.
Menurut sumber pihak keselamatan, tangkal itu ditemui pada mayat pengganas yang ditembak ketika bertempur dengan pasukan keselamatan negara di Kampung Tanduo, dekat sini, jam 6.45 pagi
“Apabila pemeriksaan dilakukan, anggota pasukan keselamatan terkejut menemui tangkal dengan kalimah al-Quran yang dipakai di celah kelangkang serta di pinggang.
“Kemungkinan pemakaian tangkal itu bertujuan menjadikan mereka kebal, namun terbukti perbuatan itu sebenarnya sekadar amalan syirik kerana dia akhirnya terbunuh akibat terkena tembakan,” katanya.
Tangkal itu
juga umpama untuk menaikkan semangat kepada pengganas Sulu yang mereka
ibaratkan pasukan keselamatan adalah musuh yang halal darahnya.
Gambar di bawah menunjuk Penceroboh memakai tangkai berwarna hitam..
No comments:
Post a Comment