Wednesday 10 April 2013

CALON KALAH PRU 2008 BN MUNGKIN BERTANDING PRU13



Pengerusi Barisan Nasional (BN) Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, calon yang kalah pada Pilihan Raya Umum 2008 berpeluang untuk dipertimbangkan menjadi calon pada Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13).

"Jika calon itu kalah pada 2008 tetapi dia masih bekerja kuat untuk parti dan diterima masyarakat maka dia masih ada peluang untuk dipertimbangkan."Maknanya kita tak kata semua calon kalah tak boleh bertanding...kita ambil kira prospek pilihan raya kali ini," katanya pada sidang media selepas mengadakan pertemuan khas bersama pimpinan tertinggi BN setiap negeri di Dewan Merdeka, Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) di sini, Rabu.

Najib berkata, matlamat utama parti pada pilihan raya kali ini adalah proses ke arah membentuk sebuah kerajaan yang kuat."Jika semua ahli komponen faham mengapa pilihan raya diadakan, maka tiada pertimbangan lain akan diambil kira."Mahu tidak mahu kita harus menubuhkan kerajaan yang kuat di peringkat nasional dan negeri," katanya.

No comments:

Post a Comment