Tuesday 9 April 2013

SAIFUDDIN NASUTION VS ZULKIFLI NORDIN DI KULIM BANDAR BAHARU : SIAPA PILIHAN RAKYAT???




Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), N. Surendran dinamakan sebagai calon parti itu bagi kerusi Parlimen Padang Serai sementara Setiausaha Agungnya, Datuk Saifuddin Nasuiton Ismail yang juga bekas Ahli Parlimen Machang akan bertanding di kerusi Parlimen Kulim-Bandar Baharu pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13), kata Ketua Pembangkang, Datuk Anwar Ibrahim.
 
Penyandang kerusi Parlimen Merbok, Datuk Rashid Din akan digantikan dengan calon wanita iaitu Ketua Wanita PKR Sungai Petani, Nurin Aina Azrina Abdullah, yang juga Ahli Majlis Perbandaran Sungai Petani.

Ini merupakan kali pertama bekas jurutera berumur 38 tahun itu dipilih sebagai calon yang akan bertanding dalam pilihan raya.

Dalam pada itu, penyandang kerusi Sungai Petani, Datuk Johari Abdul akan mempertahankan kerusi yang disandangnya kali ini.

Anwar membuat pengumuman tersebut dalam satu ceramah di Laguna Merbok lewat malam Ahad.

Pada pilihan raya umum 2008, N. Gobalakrishnan dan Datuk Zulkifli Nordin masing-masing memenangi kerusi Parlimen Padang Serai dan Kulim-Bandar Baharu di bawah tiket PKR.

Bagaimanapun, kedua-dua mereka menjadi wakil rakyat Bebas selepas Gobalakrishan keluar parti sementara Zulkifli dipecat daripada parti pada 2010.

No comments:

Post a Comment