Thursday 4 April 2013

U-TURN BAIK : DULU QARIAH HARAM... SEKARANG NO PROBLEM!!!

KOTA BHARU 4 April - Seramai 10 peserta termasuk lima qariah memperdengarkan bacaan mereka pada malam kedua Majlis Tilawah Al-Quran Peringkat Negeri Kelantan Ke-56 malam tadi.

Kelima-lima peserta qariah ialah Radziah Ibrahim, 50, dari Bachok; Munirah Kasim, 46, (Tanah Merah); Rohimah Razak, 50, (Gua Musang); Rahmah Ismail, 41, (Pasir Puteh) dan Che Minah Awang, 59, (Kota Bharu).

Che Minah yang merupakan seorang peserta kerdil pernah berpengalaman mewakili negeri Selangor pada majlis tilawah peringkat kebangsaan pada 1976 sebelum 'bersara' sementara kerana berkahwin.

Ketika ditemui, Che Minah optimis dapat melakukan yang terbaik pada tilawah tersebut."Saya baru sahaja bergiat semula dalam tempoh beberapa tahun kebelakangan dan bersyukur kerana dapat mengasah bakat dalam pertandingan tilawah untuk orang kurang upaya (OKU) yang dianjurkan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) sehingga berjaya menang di peringkat kebangsaan dari 2010 hingga 2012," katanya.

Qari yang memperdengarkan bacaan pula termasuk johan program realiti televisyen Akademi Al-Quran musim pertama pada 2006, Abdullah Fahmi Che Nor @ Shukri, 29, mewakili daerah Pasir Puteh.Penuntut Ijazah Sarjana Muda Kuliah Al-Quran di Universiti Al-Azhar, Mesir dan sedang bercuti itu berkata, ini adalah penyertaan kali pertamanya dalam majlis tilawah peringkat ini sejak terlibat dengan bidang ini. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment