Monday 8 April 2013

HAJI HADI : PAS SEDANG BERUSAHA UNTUK CALONKAN BUKAN ISLAM BERTANDING ATAS TIKET PAS



SHAH ALAM - Pas mengakui parti itu masih dalam dilema berkenaan pertindihan kerusi melibatkan beberapa kawasan, kata Presidennya, Datuk Seri Abdul Hadi Awang.

Sehubungan itu Hadi berkata, perkara itu akan dibincangkan dan akan mencari jalan terbaik sebelum tarikh penamaan calon.Menurutnya, sehingga kini, Pas sudah bersedia berhadapan Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) dengan calon-calon terbaiknya.

"Mengenai kerusi, Pas sudah bersedia 99.9 peratus. Cuma beberapa kerusi sahaja yang bermasalah tetapi boleh selesai pada bila-bila masa sahaja."Tidak banyak pun, kurang daripada 10 dan kita yakin ia dapat diselesaikan dengan baik dalam perbincangan nanti," kata beliau kepada media selepas sesi Bicara Minda dan Sesi Dialog bertajuk "Negara Berkebajikan: Persepsi dan Realiti, hari ini.

Mengenai pertindihan kerusi di Bagan Serai, Abdul Hadi menyatakan kerusi tersebut sudah muktamad milik PKR.

"Pas melihat kemunasabahan kawasan, jentera dan penyokong parti. Setelah diambil kira perkara itu, kita setuju PKR bertanding di situ itu dengan meletakkan calon mereka Dr Muhammad Nur Manuty.

"Pas juga sedang berusaha untuk calon supaya calon Dewan Himpunan Penyokong Pas terdiri daripada pelbagai bangsa termasuk India, Cina dan Iban."Cuma masalah kita, banyak yang bukan Islam sudah jadi calon DAP dan PKR."

Pas perlu cari kawasan yang munasabah untuk mereka. Berapa jumlah kerusi, saya tidak boleh sebut, tunggu penamaan calon nanti."Pengumuman calon Dewan Himpunan Penyokong hanya akan diketahui selepas mendapat tarikh pilihan raya," katanya.- sinar harian

No comments:

Post a Comment