Tuesday 2 April 2013

GEMPAR!!! PAS CUBA BUNUH MASA DEPAN POLITIK KETUA PEMUDANYA BILA MENCALONKAN NASRUDDIN DI TEMERLOH???

KUALA LUMPUR 2 April - Pas akan mempertaruhkan Ketua Pemudanya, Nasrudin Hasan Tantawi untuk merebut kerusi Parlimen Temerloh yang kini disandang oleh Timbalan Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Saifuddin Abdullah pada Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13).

Pengumuman nama Nasrudin untuk bertanding Temerloh itu merupakan satu kejutan memandangkan pada pilihan raya umum lalu, kerusi tersebut ditandingi oleh calon Parti Keadilan Rakyat (PKR), Ahmad Nizam Hamid tetapi tewas dengan majoriti 2,441 undi.

Nasrudin yang dihubungi Utusan Online mengakui terkejut dengan pengumuman tersebut dan akur dengan kehendak pucuk pimpinan parti.

Sementara itu, Pas turut mengumumkan bekas Pengarah Kor Agama Angkatan Tentera (Kagat), Briged Jeneral (B) Datuk Najmi Ahmad untuk mempertahankan Parlimen Baling.

Manakala Timbalan Pesuruhjaya Pas Wilayah Persekutuan, Ahmad Zamri Asa'ad Khuzaimi akan mempertahankan Parlimen Titiwangsa.

Pada pilihan raya umum lalu, Datuk Taib Azamudden Md. Taib memenangi kerusi tersebut selepas mengalahkan calon BN, Datuk Abd. Azeez Abdul Rahim dengan majoriti 7,613 undi.

Bagi Parlimen Titiwangsa pula, Allahyarham Dr. Lo Lo Mohamad Ghazali menang dengan majoriti 1,972 mengetepikan calon BN, Datuk Aziz Jamaludin Mhd. Tahir.

Pengumuman calon-calon itu dibuat oleh Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang dalam satu mesyuarat di Ibu Pejabat Pas, Jalan Raja Laut di sini hari ini. - UTUSAN ONLINE

No comments:

Post a Comment