Thursday 4 April 2013

UTUSAN KELUARKAN BUKTI BAHAWA MEREKA TIDAK MENIPU


KUALA LUMPUR 4 April - Satu rakaman video menjadi bukti kukuh bahawa tindakan pelajar-pelajar Pondok Tal Tujuh di Kota Bharu menyertai UMNO di Pasir Mas baru-baru ini bukannya fitnah, sebaliknya ia keputusan sukarela mereka.Video berdurasi 46 saat itu dirakam krew Astro Awani yang membuat liputan majlis penyerahan borang keahlian pelajar terbabit kepada Ketua UMNO Bahagian Pasir Mas, Datuk Hanapi Mamat dalam satu majlis ringkas di Tendong, Pasir Mas pada 1 April lalu.Pada saat ke-13 video itu, salah seorang daripada pelajar itu, Mohd. Hafni Zaini, secara jelas dan terang berucap di rostrum menyatakan bahawa beliau sebagai wakil kepada pelajar-pelajar pondok itu ingin menyertai UMNO.Kata Mohd. Hafni: "... mewakili, saya wakil... saya ingin sokong UMNO.

Baca seterusnya di Sini

No comments:

Post a Comment