Monday 1 April 2013

HANGAT!!!! KARPAL AKAN JADI SAKSI NALA DALAM KES SAMAN ANWAR KE ATAS NALLA



KUALA LUMPUR 1 April - Peguam, Karpal Singh antara tujuh saksi yang akan dipanggil pada perbicaraan kes saman fitnah RM100 juta oleh Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim terhadap Ahli Dewan Negara, Datuk S. Nallakaruppan atas dakwaan mengaitkan beliau dengan aktiviti biseksual.

Keterangan Pengerusi DAP itu, menurut peguam terkemuka, Datuk Seri Dr. Muhammad Shafee Abdullah yang mewakili Nallakaruppan amat penting kerana Karpal adalah saksi berguna dan keterangan Ahlli Parlimen Bukit Gelugor itu dapat membantu pihaknya.

Muhammad Shafee berkata, beliau telah diarahkan untuk mendapatkan sapina terhadap Karpal kerana antara 22 Oktober dan 18 Disember 1997, Karpal di Parlimen mengatakan beliau mendapat Perakuan Berkanun (SD) bekas pemandu isteri Anwar, Datin Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail, Azizan Abu Bakar berhubung kejadian liwat.

Tambahan pula, menurut beliau, Azizan dan ahli perniagaan, Ummi Hafilda Ali yang tersenarai sebagai saksi Nallakaruppan juga pernah bertemu Karpal untuk mendedahkan kejadian liwat dalam pendakwaan pertama terhadap Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR) itu.

Beliau memberitahu demikian kepada pemberita dalam sidang akhbar di luar Mahkamah Tinggi di sini hari ini, sejurus selesai mengendalikan satu kes lain.Bagaimanapun Muhammad Shafee berkata, pihaknya masih belum mendapatkan perintah sapina memandangkan Pesuruhjaya Kehakiman Vazeer Alam Mydin Meera yang mendengar perbicaraan kes saman itu menetapkan 24 April ini bagi pengurusan kes.

Anwar menyaman Nallakaruppan dan Utusan Melayu (M) Bhd. berhubung petikan ringkas yang disiarkan oleh akhbar Utusan Malaysia pada 20 Mac 2012 di muka surat hadapan bertajuk "Anwar biseksual, tak boleh jadi Ketua Pembangkang - Nalla" dan berita penuh di muka surat enam bertajuk Nallakaruppan tuduh Anwar biseksual. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment