Thursday 11 April 2013

SAH!!! KENYATAAN NIK AZIZ TERPESONG DARI AJARAN ISLAM SEBENAR - PENGERUSI MAJLIS FATWA KEBANGSAAN



Kenyataan kontroversi Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat kebelakangan ini disifatkan telah terpesong daripada ajaran Islam sebenar.
 
Pengerusi Majlis Fatwa Kebangsaan, Prof. Emeritus Tan Sri Dr. Abd. Shukor Husin berkata, apa yang dikeluarkan oleh Nik Abdul Aziz itu tiada dalam ajaran Islam.

Sehubungan itu, beliau menasihatkan orang ramai terutamanya umat Islam supaya tidak berpegang kepada pandangan yang dikeluarkan Menteri Besar Kelantan itu.

"Jangan percaya kepada pandangan beliau kerana hanya Allah SWT sahaja yang berhak menentukan amalan serta apa yang ada di dalam hati hamba-hambaNya.

"Pandangan-pandangan seperti ini hanya akan memecahkan perpaduan dan mendatangkan permusuhan dalam kalangan umat Islam," katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini hari ini.

Abd. Shukor berkata, Islam tidak pernah mengajar umatnya untuk menilai pahala solat, amal ibadat serta kebaikan seseorang.

Menurutnya, hanya Allah SWT sahaja yang berhak menilai amalan kebaikan yang dilakukan umat Islam di muka bumi ini.

"Tidak perlu kita melakukan muzakarah dan mengkajinya kerana Majlis Fatwa Kebangsaan telah lama mengeluarkan kenyataan bahawa tiada sesiapa boleh menilai amalan, ibadat dan menuduh seseorang itu kafir, melainkan Allah SWT," katanya.

Semalam, Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin menggesa Majlis Fatwa Kebangsaan bermuzakarah dan mengkaji kenyataan kontroversi Nik Abdul Aziz kebelakangan ini seperti mendakwa solat orang UMNO tidak mendapat pahala dan pembinaan masjid oleh kerajaan hanyalah untuk tujuan mendapat kontrak.

Tambah Abd. Shukor, sebuah parti politik juga tidak mempunyai hak untuk menentukan seseorang itu masuk syurga atau tidak.

Katanya, tidak kira daripada parti politik mana, tugas menentukan pahala seseorang untuk memasuki syurga adalah hak mutlak Allah SWT.

"Kita manusia di muka bumi ini sama sahaja, tiada siapa yang maksum. Nabi Muhammad SAW sendiri tidak berani mengatakan seseorang itu masuk syurga atau tidak," ujarnya. - utusan online

1 comment:

  1. Nik Ajis dah memang sesat, nyanyuk dan keterlaluan...Dia sendiri yg menghina Nabi sedangkan UMNO tidak pernah sekali-kali menyebut atau membandingkan nabi pada sesiapa dan apa-apa kejadian. Nik Ajis menghina Nabi bila katanya Nabi hanya mamat biasa yang dilahirkan dan tak perlu sambut Maulidur Rasul sedangkan beliau sendiri sanggup sambut hari jadi beliau di penang dengan Karpal Sinki. Nik Ajis busuk hati dan hati hitam penuh dengan dendam terhadap UMNO yang satu-satunya memperjuangkan Melayu dan ugama Islam. Nik Ajis sebenarnya iblis yang bertopengkan maknusia.

    ReplyDelete