Friday 5 April 2013

SENARAI CALON BARISAN NASIONAL : ADA PERUBAHAN DAN MENGEJUTKAN - NAJIB

Foto

“Ada perubahan besar dan mengejutkan.” Demikian tegas Pengerusi Barisan Nasional (BN) Datuk Seri Najib Razak mengenai senarai calon parti itu yang bakal dipertaruhkan pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU-13). 
 
Menurutnya, elemen kejutan itu amat penting bagi BN untuk berdepan pembangkang, malah satu pelan tindakan terbaik sudah dirangka sebelum diumumkan peringkat demi peringkat mengikut tempoh masa sesuai.

Najib berkata, sebagai permulaan, manifesto BN dilancarkan di Stadium Tertutup Bukit Jalil, di sini, esok yang turut menjadi dokumen aku janji BN kepada rakyat untuk terus komited melakukan pembaharuan dan perubahan menerusi mandat diberikan.

“Kita nak adakan satu...satu (peringkat demi peringkat). Kalau saya cerita semua, tak ada lah ‘surprise’ (kejutan) nanti. Sangat penting kepada kita mempunyai elemen kejutan,” katanya disambut sorakan pimpinan tertinggi BN termasuk timbalannya, Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas mempengerusikan mesyuarat Majlis Tertinggi (MT) UMNO, diikuti mesyuarat Dewan Tertinggi BN di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), di sini, semalam.

No comments:

Post a Comment