Tuesday 9 April 2013

GEMPAK LAGI !!!!! MAJLIS FATWA DIGESA BUAT KAJIAN BERKENAAN KENYATAAN NIK AZIZ TENTANG SOLAT DAN PEMBINAAN MASJID OLEH UMNO??




KUALA LUMPUR 9 April - Majlis Fatwa Kebangsaan digesa mengkaji kenyataan kontroversi Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat kebelakangan ini seperti mendakwa sembahyang orang UMNO tidak mendapat pahala dan pembinaan masjid oleh UMNO hanyalah untuk tujuan mendapat kontrak.

Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, kajian dan ketetapan Majlis Fatwa berkenaan perkara itu amat perlu pada musim pilihan raya sekarang kerana kenyataan pemimpin Pas tersebut dilihat mengelirukan rakyat.

"Elok juga Pengerusi Majlis Fatwa kaji kenyataan Nik Aziz yang celupar dan lantang itu, apakah kita nak biarkan? Dia ini (Nik Aziz) dilabel sebagai ulama dan tokoh agama tapi kenyataan dia semacam lebih (sudut) politik daripada agama," katanya.

Beliau yang juga Menteri Pelajaran berkata demikian dalam sidang akhbar selepas menyempurnakan Majlis Anugerah Kecemerlangan Sijil Pelajaran Malaysia 2012 di Gombak dekat sini hari ini. - UTUSAN ONLINE

No comments:

Post a Comment