Monday 8 April 2013

TERKINI LAHAD DATU : MAYAT PENGGANAS MULA DIKELUARKAN DARI TEMPAT KEJADIAN



LAHAD DATU 8 April - Pasukan forensik polis hari ini mula mengeluarkan mayat-mayat pengganas Kiram yang mati dalam serangan pasukan keselamatan ketika Ops Daulat di Kampung Tanduo baru-baru ini.

Setakat pukul 4.25 petang ini, sebanyak lima mayat telah pun dikeluarkan daripada tiga lubang berasingan yang dijadikan kubur oleh kumpulan pengganas terbabit.

Kubur-kubur itu pernah ditemui pihak polis sebelum ini, namun mayat-mayat tersebut tidak dapat dikeluarkan selepas pasukan forensik diserang saki-baki pengganas ketika melakukan pemeriksaan di kawasan terbabit sebelum ini. - UTUSAN ONLINE

No comments:

Post a Comment