Friday 5 April 2013

GEMPAR!!!! AKHIRNYA CHUA JUI MENG TERPAKSA AKUR...TIADA KERUSI UNTUKNYA..

 


 
PETALING JAYA: Selepas dua minggu Datuk Chua Jui Meng 'menghilangkan' diri apabila terlepas peluang bertanding di kerusi Parlimen Gelang Patah, Pengerusi Majlis Pimpinan Negeri Parti Keadilan Rakyat (PKR) Johor itu akhirnya tampil dan menyuarakan minat untuk tetap bertanding pada pilihan raya akan datang.

Bagaimanapun bekas Naib Presiden MCA itu berkata sehingga kini belum ada kerusi yang ditawarkan untuknya.

Sambil mengakui menyedari bahawa kesemua 11 kerusi PKR di Johor sudah mempunyai calon, Chua bagaimanapun akur dengan keputusan parti.
 
"Parti arahkan supaya saya tinggalkan 'rumah' saya di Gelang Patah kerana kata mereka saya disediakan sebuah 'rumah' baru.

"Tapi sehingga kini masih belum ada mana-mana pintu dibuka kepada saya," katanya pada sidang media di Ibu Pejabat PKR di sini, Jumaat.

Menyifatkan kawasan Parlimen Gelang Patah sebagai 'rumah yang didiaminya' sejak setahun yang lalu, Chua turut mengakui bahawa penyokongnya di kawasan berkenaan kecewa dengan keputusan tertinggi parti menyerahkan kerusi yang dilobinya itu kepada veteran DAP, Lim Kit Siang.

"Sekarang saya sudah tiada 'rumah', dulu 'rumah' saya di Gelang Patah. Sejak sambutan Tahun Baru Cina lalu, saya sudah menemui hampir kesemua pengundi di Gelang Patah.

"Tapi baru-baru ini parti arahkan saya supaya tinggalkan 'rumah' saya itu," katanya.

Chua bagaimanapun menegaskan beliau akan tetap membantu DAP dan PAS pada PRU akan datang.

No comments:

Post a Comment