Monday 8 April 2013

TERKINI LAHAD DATU: PENGIKUT JAMALUL KIRAM III DAN ASKAR DARI SULU DAN TAWI TAWI BERKUMPUL SEMULA???



MANILA 7 April - Kira-kira 150 orang pengikut kumpulan pengganas Jamalul Kiram III dilaporkan berkumpul semula di Lahad Datu, Sabah.

Agensi berita, abs-cbnnews.com semalam melaporkan, jurucakap kumpulan itu, Abraham Idjirani sebagai berkata, sebanyak 135 pengikut kumpulan itu diketuai Azzimudie Kiram dan dibantu kira-kira 100 askar dari Sulu dan Tawi-Tawi kini sudah berkumpul di sana.

''Mereka sudah berkumpul dan memperkukuhkan kedudukan.''Mereka hanya menghadapi satu masalah iaitu kekurangan bekalan makanan,'' katanya.

Idjirani mendakwa pasukan keselamatan Malaysia kini memantau gencatan senjata sebelah pihak yang diisytiharkan oleh kumpulan pengganas itu sebelum ini.

''Tiada pertempuran dilaporkan setakat ini dan Azzimudie hanya melaporkan berlakunya pertempuran bersenjata pada waktu malam, namun tidak melibatkan kumpulan yang diketuainya.'' katanya. - AGENSI

No comments:

Post a Comment