Friday 5 April 2013

HANGAT!!! AISHAH BERJAYA SINGKIRKAN KETUA DEWAN PEMUDA PAS BILA DIUMUM SEBAGAI CALON PAS DI JEMPOL




Kecelaruan Pas dalam meletakkan calon-calonnya dalam Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13) semakin ketara apabila tidak sedar parti itu mengumumkan lebih daripada satu nama bagi satu kerusi Parlimen yang bakal ditandingi.

Terbaru, bagi kerusi Parlimen Jempol di Negeri Sembilan, terdapat dua calon yang telah diumumkan oleh kepimpinan parti itu, hanya dalam tempoh selang beberapa hari.

Ahad lalu, nama Ketua Dewan Pemuda Pas Jempol, Mohd. Fairuz Mohd. Isa diumumkan sebagai calon Pas bagi kerusi Parlimen Jempol.

Ia dinyatakan sendiri oleh Pesuruhjaya Pas II Negeri Sembilan, Abd. Rahman Ramli kepada media dalam satu program di Felda Raja Alias Empat di sini, yang turut dihadiri Timbalan Presiden Pas, Mohamad Sabu.

Malam tadi pula, nama penyanyi Janji Manismu, Aishah atau nama sebenarnya, Wan Aishah Wan Ariffin pula diumumkan sebagai calon Pas bagi kerusi Parlimen yang sama.

Yang pelik dan menghairankan, pengumuman itu itu dibuat sendiri oleh Mohamad Sabu di Markas Pas, Taman Melewar, Kuala Lumpur. Sedangkan, beliau turut hadir pada program di mana Abd. Rahman menyatakan kepada media bahawa Mohd. Fairuz adalah calon Pas bagi kerusi Parlimen tersebut.

Sementara itu, Mohd. Fairuz, iaitu calon pertama yang diumumkan oleh Pas sebagai calon kerusi Parlimen Jempol, ketika diminta mengulas perkembangan itu hanya menjawab "no comment" dan "tidak tahu apa-apa".

"No comment, saya tak tahu apa-apa, tunggulah keputusan Presiden Pas (Datuk Seri Abdul Hadi Awang) yang akan umumkan,'' katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Pada program Ahad lalu, Abd. Rahman turut memperkenalkan beberapa calon lain kepada media termasuk memberitahu beliau akan bertanding di DUN Serting, selain T. Kumar (Jeram Padang) dan Rebin Birhim (Palong).

Sewaktu nama calon ini dipanggil, kesemua mereka telah diminta naik ke atas pentas, tanpa menyebut bertanding di kawasan mana. - UTUSAN ONLINE

No comments:

Post a Comment