Wednesday 10 April 2013

EK ELEH...... HANTAR FARIZ MUSA AJE LAWAN NAJIB DI PEKAN???



Ketua Umum Parti Keadilan Rakyat (PKR) Datuk Seri Anwar Ibrahim pada Selasa mengumumkan ahli Majlis Pimpinan Pusat PKR, Fariz Musa sebagai calon parti itu bagi kerusi Parlimen Pekan, yang disandang Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.

Fariz, bekas guru berusia 43 tahun berasal dari Marang, Terengganu.Beliau juga dilantik sebagai Penyelaras Pilihan Raya PKR Parlimen Pekan.Anwar turut mengumumkan Ketua Cabang PKR Kuala Lipis, Zakaria Abdul Hamid, 48, seorang jurutera, akan bertanding di Parlimen Bera.

Pada majlis pengumuman calon di sebuah hotel di sini, Anwar menegaskan bahawa semua calon yang diumumkan itu perlu disokong sepenuhnya ahli-ahli parti berkenaan dan jika ada yang bertindak menjadi calon Bebas, mereka akan dipecat daripada parti.

Pada Isnin, ketidaksepakatan parti PKR semakin jelas apabila Ketua Cabang PKR Paya Besar, Zahari Mamat mengumumkan akan bertanding sebagai calon Bebas untuk kerusi Parlimen Paya Besar.

 Turut mengumumkan akan bertanding sebagai calon Bebas ialah Pemangku Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK) Paya Besar, Mohamad Fauzi Ramli, 25, yang akan bertanding di Dewan Undangan Negeri (DUN) kawasan Lepar. Bekas Timbalan Pengerusi III PKR Pahang, G. Ramponusamy juga dikatakan akan bertanding Bebas di Parlimen Indera Mahkota.

Anwar menegaskan beliau telahpun mengumumkan sebelum ini bahawa Murnie Hidayah Anuar, 29, seorang peguam, sebagai calon parti itu di Paya Besar.

Manakala kerusi Parlimen Indera Mahkota akan ditandingi Pengerusi Perhubungan PKR Pahang Datuk Fauzi Abdul Rahman, dan parlimen Kuantan ditandingi Naib Presiden PKR Fuziah Salleh, penyandang kerusi parlimen itu. -BERNAMA

No comments:

Post a Comment