Tuesday 2 April 2013

PAS AKAN KEHILANGAN UNDI AHLI SENDIRI KERANA TERLALU IKUT TELUNJUK DAP & PKR


KUALA LUMPUR 2 April - Pas dijangka kehilangan undi luar biasa pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU-13) ekoran tindakan parti itu terlalu mengikut telunjuk DAP dan Parti Keadilan Rakyat (PKR).Ketua Kluster Politik, Keselamatan dan Hal Ehwal Antarabangsa Majlis Profesor Negara, Prof. Datuk Dr. Mohamed Mustafa Ishak berkata, parti itu kini berdepan dengan ahli-ahli dan para pengundinya yang sangat kecewa dan marah.

Menurut beliau, parti itu sudah jauh menyimpang dan tersasar daripada matlamat asal yang menyebabkan para pengikutnya mula beralih arah dengan menyokong dan mengundi Barisan Nasional (BN) secara senyap.Katanya, kerjasama Pas dengan DAP juga tidak disenangi kerana parti itu dianggap telah melacurkan agama Islam dan kepentingan Melayu.

"Pas kini dilihat gagal mempertahankan kesucian agama Islam dan umat Melayu sehingga para ulama turut mengecam parti itu pada waktu ini."Para pengundi dan ahli tegar Pas telah melihat parti itu hanya menjadi alat mencapai kemenangan dalam PRU-13 pakatan pembangkang dan hanya mengikut telunjuk DAP dan PKR," katanya kepada Utusan Online hari ini.

Tambah Dr. Mohamed Mustafa, Pas perlu mengkaji semula kedudukan mereka sebagai parti bertunjangkan Islam dan Melayu sekiranya tidak mahu tewas pada PRU-13.Katanya, Pas kini dilihat sudah terjebak jauh dan terlanjur oleh kalangan pengundinya dengan menyertai pakatan pembangkang yang jelas membinasakan parti itu - UTUSAN

No comments:

Post a Comment