Tuesday 2 April 2013

ULAMA' , TOK GURU DAN NGO ISLAM BERTEKAD MEMILIH BARISAN NASIONAL



KUALA LUMPUR 2 April - Ulama, tok guru pondok dan ahli-ahli pertubuhan bukan kerajaan (NGO) Islam Kelantan mengulangi pendirian mereka menolak perjuangan Pas yang dianggap sudah lari daripada landasan asal.

Rata-rata mereka mengatakan Pas kini hanya memperjuangkan kepentingan politik semata-mata berbanding memperjuangkan Islam sebagai tunjang utama pentadbiran negara.

Berbanding Barisan Nasional (BN), tahaluf siyasi (kerjasama gerakan Islam dengan mana-mana gerakan lain yang tidak bermatlamatkan Islam di dalam perjuangannya dengan parti-parti bukan Islam) lebih ideal di mana mengangkat Islam sebagai tunjang utama pentadbiran negara.

Malah, mereka turut menempelak pemimpin Pas yang sebelum ini mengatakan haram UMNO bergabung dengan MCA dan MIC, kini melakukan pakatan dengan DAP pula.Ini kata mereka, Pas bukanlah parti politik yang berlandaskan perjuangan Islam lagi.

Lebih buruk kata mereka, demi survival politik pemimpin Pas, mereka sanggup mengangkat pemimpin bukan Islam sebagai pemimpin utama dan membayangkan bukan Islam boleh menjadi perdana menteri.

Antara ulama, tok guru dan NGO Islam berkenaan ialah Tok Guru Pondok Geting, Abdullah Sa'amah; Bekas Ketua Keselamatan Pas Kelantan, Shaidi Husin; Ketua Penerangan Minda Pondok, Harun Yahya; AJK Minda Pondok, Mohd. Zainal Abidin Awang; Pertubuhan Ustaz Muda Membela Agama dan Tanah Air (Ummati), Mohd. Syamsul Mohd. Yusoff Al Hafiz dan penceramah, Mohd. Zain Mphd Sah - UTISAN

No comments:

Post a Comment