Tuesday 9 April 2013

N IK AZIZ MAKIN BERAT : KALI INI DAKWA KEWUJUDAN UMNO ADALAH CELAKA BESAR PADA ORANG MELAYU


Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat yang semakin terdesak selepas mendapat tentangan daripada golongan ulama dan tahfiz semakin merepek apabila mendakwa kewujudan UMNO satu kecelakaan besar kepada orang Melayu.

Beliau dalam nada marah mendakwa pemimpin-pemimpin UMNO jahat dan berlagak seperti tuhan apabila mula bercakap mengenai Islam tetapi pada masa sama menolak agama itu dalam perjuangan.

Dalam kenyataan kerasnya, Menteri Besar Kelantan itu turut mendakwa UMNO adalah parti yang paling haram di negara ini kerana menolak Islam dan tidak mengamalkan undang-undang Islam semata-mata mahu menjaga hati pemimpin-pemimpin MIC dan MCA yang katanya jelas menolak Islam.

Pada masa sama, beliau mendabik dada mendakwa kononnya Pas telah berjaya mendidik pemimpin-pemimpin DAP sehingga parti itu menerima Islam dan mahu menggunakan lambang Pas pada Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13) jika DAP diharamkan.

"Dia sebut haram undi Pas, saya kata kalau Pas ini haram tiada parti di Malaysia ini yang boleh diundi. UMNO lebih haram lagi kerana UMNO orang Melayu, tolak Islam, bila tolak Islam, dia nak bawa hala agama mana, pemimpin UMNO nak bawa Melayu pada agama apa.

"UMNO ni letak taraf dia serupa dengan tuhan, dia boleh kata Islam itu ditolak pada hal Islam ni agama Allah. Allah ni maha suci, maha kuasa kita sebut subhanallah jadi pemimpin UMNO ni letak taraf dia serupa tuhan, berasa nak tolak, tolak, berasa nak terima, terima, ini jahat.

"Oleh yang demikian kalau ada parti di Malaysia ini yang haram diundi UMNO-lah yang pertama diharamkan. Pas tahu MCA tak boleh terima Islam, DAP terima, jadi Pas punya keadaan berkeras sekalipun nak Islam DAP boleh terima. 

"Maka kerana kerana UMNO ambil hati MCA ertinya UMNO kuda tunggangan bagi MCA. Pas (prinsip kami) berkeras nak terima kami jadi pakatan dengan DAP kena terima Islam tak nak terima sudah," katanya ketika ditemui di rumahnya di Pulau Melaka di sini hari ini.

Nik Abdul Aziz diminta mengulas deklarasi yang dikeluarkan pada Persidangan Ulama Pondok, Sekolah Agama Rakyat, dan Tahfiz seperti dilaporkan Utusan Malaysia hari ini bahawa mengundi pakatan pembangkang pada PRU-13 adalah haram kerana parti pembangkang menyokong pluralisme agama yang jelas menyekutukan Allah.

Untuk rekod, Pengerusi DAP, Karpal Singh pernah mencabar Pas agar "melangkah mayatnya dahulu" jika parti sekutunya bercadang untuk menubuhkan negara Islam dan melaksanakan hudud. - UTUSAN ONLINE

No comments:

Post a Comment