Tuesday 5 February 2013

PAS KLUK KLEK : ULANGKAJI SEJARAH 1

Salam buat semua...




Sememangnya semua oranag telah tahu dan sedar bahawa PAS adalah sebuah parti yang KLUK-KLEK. Kluk-klek adalah loghat Terengganu yang bermaksud tidak berpendirian. Contoh yang paling nyata apabila presiden parti menyatakan bahawa dalam al quran tidak ada negara islam sebaliknya negara berkebajikan. Sedangkan sebelum ini Haji Hadi dan kuncu-kuncunya bukan main mengajak ahli mereka supaya berjuang menegakkan negara islam.

Dulu mereka begitu bersemangat dalam ucapan-ucapan ceramah mereka supaya semua ahli berjuang demi menegakkan negara islam sehingga terbitnya dokumen Negara ISLAM . Ternyata perjuangan mereka untuk  mendirikan negara islam  hanyalah satu sandiwara PAS untuk menarik orang ISLAM untuk menyokong mereka. Namun apabila mereka terpaksa berdepan dengan orang bukan Islam mereka mula mencari-cari alasan untuk mendapatkan sokongan mereka pula. Demi untuk menarik sokongan bukan islam, akhirnya Nik Aziz mengeluarkan kenyataan berikut:


" Bukan sahaja dalam menifesto, dalam perlembagaan PAS sendiri memang TIDAK mengandungi satu perkataan pun untuk menubuhkan negara ISLAM, dia (DAP) boleh tengok sendiri dan baca perlembagaan itu" Utusan Malaysia, 4 Ogos 2001

"Ini penting kerana kita juga mahukan sokongan dan undi bukan islam dalam usaha memenangi pilihanraya umum akan datang" Nik Aziz, Ucapan Muktamar Dewan Pemuda PAS ke 31, Petaling Jaya 24 Mei 2004..

Begitulah sebahagian kenyataan-kenyataan yang menjadi alasan untuk menidakkan perjuangan negara islam yang dibawa sebelum ini. Kemudian timbullah negara berkebajikan.

Ini adalah satu contoh bagaimana sebenarnya PAS adalah parti kluk-klek yang akan bertukar warna mengikut keadaan dan masa. Bagaimanakah parti sebegini boleh dijadikan dahan untuk kita berteduh.

Jom sama-sama kita fikirkan.....

**** ulangkaji sejarah akan diadakan dari masa ke semasa.



No comments:

Post a Comment