Tuesday 5 February 2013

PAS KLUK-KLEK : ULANGKAJI SEJARAH 2

Salam buat semua.....



Kita bertemu lagi... kali ini ayuh kita fikirkan tentang kata-kata yang pernah diucapkan oleh pemimpin-peminpin PAS berkenaan kerjasama dengan bukan ISLAM.

Pada bulan Ogos 1963, Dewan Ulama PAS Kelantan telah menghukumkan 

"Orang-orang Islam yang berkongsi dengan orang-orang kafir untuk memerintah negara, menjadi kafir atai haram".

Mungkin ketika hukum ini dikeluarkan PAS merasakan bahawa Parti mereka telah cukup kuat untuk memerintah Malaysia. Namun menyedari kelemahan mereka setelah bertahun-tahun berjuang bersendirian akhirnya mereka menghulurkan tangan untuk bekerjasama dengan DAP, sebuah parti yang memang terang-terang menolak ISLAM.  Sebagai bukti sila lihat keratan akhbar dibawah.


Apabila mula menjalinkan kerjasama dengan DAP, mereka mula terkial-kial untuk membenarkan kerjasama mereka. Akhirnya untuk menghalalkan kerjasam yang haram atau takut mereka dituduh kafir, maka pada tahun 1999, Nik Aziz berkata:

"Siapa yang nak tolong kerajaan Islam, kami sebagai pemimpin Islam mesti terima samada DAP, MCA, dan MIC. Kalau nak tolong mengapa tolak. Jika DAP ikhlas nak tolong PAS, saya terima. Usahkan DAP, syaitan pun boleh saya terima" - Utusan Malaysia, 24 Januari 1999.

Lebih hebat, PAS  bukan saja boleh menerima DAP sebagai rakan kongsi malah dapat menerima pemimpin DAP sebagai Perdana Menteri Malaysia, 

" Pas boleh terima pemimpin DAP jadi Perdana Menteri, tidak ada apa, asalkan dia terima syarat yang ditetapkan oleh Barisan Alternatif" - Nik Aziz Utusan Malaysia 6 November 1999.

Begitulah pemimpina PAS yang betul-betul Kluk-klek, apabila sesuatu yang tidak menguntungkan mereka, maka segalanya akan menjadi haram, menjadi tidak boleh sebaliknya apabila sesuatu itu memberi keuntungan, keputusan terdahulu akan berubah.

Suatu hari nanti, Angin yakin menyokong PAS akan sedar mana kaca, mana permata. Mereka tidak akan terus ditipu dengan talam berpuluh muka PAS.

No comments:

Post a Comment